Mendoakan pemimpin satu perbuatan yang telah bermula sejak pada zaman khulafa' lagi. sesetengah daripada mereka mendoakan pemimpin selepas solat dengan berselawat keatas nabi dan redha keatas sahabatnya.Adapun berdoa keatas pemimpin diatas minbar ketika berkhutbah telah dimulakan oleh ibnu abbas ketika mana beliau menjadi amil(عامل) di Basrah.Beliau telah mendoakan Ali bin Abi Thalib ketika berkhutbah,katanya"اللهم انصر عليا الحق"

Sunnah ini telah diwarisi oleh banyak negara islam yg lain dengan khatib mendokan pemimpin mereka diatas mimbar.Apabila penaklukan berlaku,Khatib menkhususkan Sultan(raja negara penakluk) ketika berdoa diatas mimbar tanpa menyebut raja yang lain(negara yang ditakluki).Bermakna disini khatib akan menyebut nama pemimpin dengan nama penuh contahnya Sultan Fulan bin Fulan.

Adat ini telah mula dilupakan apabila sesebuah negara itu berada di dalam alam kemunduran.Khatib hanya mendoakan pemimpin tanpa mengkhususkannya tapi secara ijmal contohnya menyebut perkataan raja,sultan dan sebagainya tanpa menyebut nama sebenar atau nama raja tersebut

Pada Dinasti Bani Abdul Wat.(دولة بنى عبد الواد)adat ini mula dilaksanakan semula apabila yagmarasan bin siyan(يغمرسان بن زيان) menguasai tilmisan(تلمسان).Begitu juga pada zaman bani maryin(مرين)apabila dipimpin oleh Yaacob bin Abdul haq.

Sepertimana kita tahu adat ini memang sudah digunapakai sehingga kini hampir seluruh pelusuk dunia.Jarang sekali Khatib tidak mendoakan bagi pemimpin mereka pada zaman ini ketika berkhutbah diatas minbar.