Malaikat adalah makhluk tuhan yang wajib kita sebagai umat islam untuk beriman kepadanya kerana ia adalah salah satu dari rukun iman yang wajib kita percayai.

Firma Allah Taala dalam surah Al-baqarah ayat 177

{ليس البر أن تولوا وجوههكم قبل المشرق والمغرب ولكن البر من ءامن بالله واليوم الأخر والملائكة والكتاب والنبين....إلخ}.سورة البقرة الأية 177

Firmannya dalam suruh An Nisaa’ Ayat 136

{يأيها الذين ءامنوا ءامنوا بالله ورسوله والكتاب الذى نزل على رسوله والكتاب الذى أنزل من قبل ومن يكفر بالله وملآئكته وكتبه ورسله واليوم الأخر فقد ضل ضلالا بعيدا}.سورة النساء الأية 136

Kedua-dua ayat diatas menunjukkan bahawa allah mewajibkan keatas manusia supaya beriman kepadanya,para anbiyaa,para malaikat.Jadi telah jelas bahawa barangsiapa yang yang tidak mempercayai malaikat maka dia tergolong di dalam golongan orang-orang yang sesat.

Kitab suci Alquran dan Hadis-Hadis Rasullah ada yang menyebut sebahagian dari nama-nama Malaikat antaranya malaikat Jibril dan mikail sepertimana firman Allah Taala di dalam suruh Al-baqarah ayat 98,

{ من كان عدوا لله وملآئكته ورسله وجبريل وميكال فإن الله عدوللكافرين } سورة البقرة الأية 98

Allah juga menyebut nama Malaikat Malik didalam firmannya dalam suruh azzukhruf ayat 77

{ونادو يا مالك ليقض علينا ربك قال إنكم ماكثون}. سورة الزخرف الأية 77

Begitu juga dengan nama malaikat Harut dan Marut.Firman Allah Taala di dalam suruh Al-Baqarah ayat 102 ,

{ واتبعوا ما تتلوا الشياطين على ملك سليمان وما كفر سليمان ولكن الشياطين كفروا يعلموا الناس السحر وما انزل على الملكين ببابل هاروت وماروت....الخ }.سورة البقرة الأية 102

Di dalam Al-quran dan Hadis terdapat juga nama malaikat lain yang disebut seperti malaikat Munkar,Nakir,Ar Raad dan lain.lain.

Persoalannya disini adalah siapkah dia malaikat yang digelar dengan Malaikat 3izrail.? Adakah malaikat ini betul-betul wujud.?Di dalam Al-quran tidak ada satu pun ayat yang menunjukkan atau menyebut tentang Malaikat ini.Hadis Rasullah Allah S.A.W yang sahih juga tidak ada yang menceritakan kisahnya.Sepertimana masyhur dalam kalangan orang islam di seluruh pelusuk bahawa 3izrail adalah malaikat yang mencabut nyawa atau juga digelar dengan gelaran malaikat Maut.Adakah 3izrail itu sememangnya malaikat maut?Sesungguhnya tidak ada pun dalil-dalil dari Alquran dan Hadis yang Sahih yang menggelarkan malaikat yang mencabut nyawa itu dinamakan dengan malaikat 3izrail.Al-quran sesungguhnya ada menceritakan tentang malaikat yang mencabut nyawa tetapi Allah menggelarkannya dengan malaikat Maut dan bukanlah dengan nama 3izrail.Gelaran malaikat Maut telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Firman Allah Taala,

{ قل يتوفاكم ملك الموت الذى وكل بكم ثم إلى ربكم ترجعون }. سورة السجدة الأية 11

Sesungguhnya gelaran malaikat yang mencabut nyawa sebagai malaikat 3izrail hanyalah cerita israailliyat dan tentang kewujudan sebenar malaikat ini hanyalah diketahui Allah.

Persoalan yang perlu ditimbulkan juga ialah berkaitan dengan Malaikat Ridhwan.Betulkah malaikat Redhwan itu adalah penjaga syurga? Tidak dinafikan bahawa memang benar sesetengah ulama ada menyebut tentang malaikat ini didalam penulisan mereka seperti Al-hafiz Ibnu kashir.Telah berkata Ibnu Kashir di dalam kitabnya bidayah wannniyah “Penjaga syurga adalah malaikat yang digelar Ridhwan”.

Sesuatu yang perlu diingatkan disini adalah Alquran tidak pernah menamakan malaikat yang menjaga syurga adalah Ridhwan.Ya, memang benar ada yang mengatakan bahawa terdapat beberapa hadis Rasullah Allah S.A.W yang menyebut tentang malaikat Redhwan ini tetapi perkara yang perlu kita sedar adalah,adakah hadis-hadis tersebut ada kesahihannya.

Antara hadis yang menyatakan tentang malaikat Redhwan.

1)عن ابن كعب قال رسول الله صلى الله عليه السلام : "إن لكلّ شيءٍ قلبًا, وإن قلب القرآن يس، ... وأيما مسلم قرأ يس وهو في سكرات الموت لم يقبض ملك الموت روحه حتى يجيئه رضوان خازن الجنة بشربة"..أخرجه القضاعي في مسند الشهاب

Ibnu hibban mengatakan didalam kitabnya majruhain bahawa hadis ini adalah mungkar dan Albani menyifatkan hadis ini adalah hadis maudhu3.

2) عن إبن عبّاس رسول الله قال : "إنّ الجنّة لتبخّر وتزيّن من الحول إلى الحول لدخول شهر رمضان... ويقول الله عزّ وجلّ : يا رضوان ! افتح أبواب الجنان".أخرحه البيهقي

Syeikh Albani berkata di dalam kitabnya Targhib wa tarhib sesungguhnya hadis ini adalah dhaif lagi maudhu3. Ada juga yang mengatakan bahawa hadis ini adalah munqote3.

3) عن عبد الله ابن ابي أوفي قال رسول الله :"يا أصحاب محمّد ! لقد أراني الله الليلة منازلكم في الجنّة... فقلت : يا رضوان ! لمن هذا القصر؟"رواه الطبراني.

Hadis ini adalah hadis yang dhaif.

4) عن أنس ابن ملك قال رسول الله :" أتاني جبريل وفي يده كالمرآة ... فينادي رب العزة تبارك و تعالى رضوانًا – وهو خازن الجنة " أخرجه الدارقطني في كتاب الرؤية والعقيلي في كتاب الضعفاء.

Al 3akili menyifatkan bahawa hadis ini padanya syaz.

5) عن أنس ابن ملك "إذا كان أول يوم من شهر رمضان نادى منادي الله عزّ وجلّ رضوان خازن الجنان" رواه الديلمي.

Hadis ini juga tergolong dalam hadis yang dhaif.

Daripada hadis-hadis yang dinyatakan diatas bolehlah disimpulkan bahawa sesungguhnya tidak ada hadis yang sohih yang mengkhabarkan tentang malaikat Rehdwan.Kewujudan sebenar malaikat Redhwan ini hanya Allah yang tahu.